jump to navigation

al-Fatihah: Rashid Maidin September 1, 2006

Posted by elizabethwong in History, Malaysia, Note2Self, Politics, Southeast Asia.
trackback

“Oktober 1917 terkenal dalam sejarah kerana pada masa itu berlakunya Revolusi Soviet di Russia, yang disebut juga sebagai Revolusi October. Pada bulan itu dan tahun itulah saya dilahirkan. (Bab 1, Memoir Rashid Maidin, terbitan SIRD 2005)

Rashid Maidin, pemimpin kanan Melayu Parti Komunis Malaya (PKM) meninggal dunia pada pagi ini di wilayah Narathiwat, Selatan Thai.

Pak Rashid adalah orang Perak, seperti Ching Peng. Dilahirkan pada bulan Oktober 1917 di Kampung Gunung Mesah, Gopeng.

Awalnya, Pak Rashid menyertai Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang diharamkan oleh kerajaan British kerana dituduh berhaluan kiri dan menentang empayar British dan dia pernah ditahan beberapa kali oleh kerajaan British.

Pak Rashid menyertai PKM pada tahun 1941 dan menjadi ahli jawatankuasa pusat PKM bersama pemimpin-pemimpin seperti Ishak Haji Mohamad (Pak Sako), Ahmad Boestamam dan Abdullah CD. Dia merupakan pemimpin yang handal dalam Regimen ke-10.

Selepas Perjanjian Haadyai 1989, Pak Rashid menetap di “Perkampungan Aman” di Selatan Thai, berdekatan wilayah Yala.

Ketika saya mengunjung Selatan Thai bulan Mai dan Juli tahun ini, Pak Rashid sudah sakit tenat dan berada di hospital besar dekat Yala. Percubaan saya untuk membuat satu interbiu dengan Pak Rashid tidak direalisasikan.

Ketika itu, saya juga membawa sepucuk surat dari keluarganya di Gopeng tetapi saya tidak sempat menghantar surat tersebut secara langsung.

Perjuangan kemerdekaan tanahair kita tidak boleh diceritakan dengan sempurna tanpa mengakui kontribusi bersejarah organisasi massa yang bersemangat rebolusi seperti PKMM dan PKM.

Walaupun Pak Rashid telah menetap lebih 15 tahun di sempadan utara kita, hatinya masih rindu pada Malaysia.

Perjuangan kita tidak selesai jikalau kita tidak mengenang budi, jasa dan kontribusi rakyat Malaya seperti Pak Rashid, yang menabur hati, jiwa dan tubuh untuk membebas rakyat dan negara dari kolonisme (penjajahan).

al-Fatihah, Pak Rashid.

About these ads

Comments»

1. mesoul - September 2, 2006

alangkah sedihnya seorang patriot rakyat menghembuskan nafas terakhir di luar tanah air tempat tumpah darahnya…..Alfatihah

2. Lai Raifel - September 2, 2006

Beberapa pembetulan

1. Walaupun Rashid Maidin dan Abdullah CD aktif dengan akhbar rasmi PKMM ‘Suara Rakyat’ selepas perang, Rashid tidak pernah menjadi anggota PKMM secara rasmi.

2. Pak Sako dan Ahmad Boestamam tidak pernah menjadi anggota PKM atau ahli jawatankuasa pusat PKM. Sebagai ‘nasionalis kiri’, perjuangan mereka terhad kepada PKMM dan API sahaja.

3. elizabethwong - September 3, 2006

Terima kasih, Lai :)

4. Anti-Communist - December 6, 2006

2. Pak Sako dan Ahmad Boestamam tidak pernah menjadi anggota PKM atau ahli jawatankuasa pusat PKM. Sebagai ‘nasionalis kiri’, perjuangan mereka terhad kepada PKMM dan API sahaja.

>>Sebab mereka adalah pejuang yang ikhlas, dan tidak memenitingkan diri sendiri dan berpegang pada agama. Rashid Mad-in ni lebih kepada kepentingan diri sendiri, malah taksub dengan ajaran Karl marx, semoga sekarang dia dah tahu akibatnya dalam kubur. Pade Mukoo.

alangkah sedihnya seorang patriot rakyat menghembuskan nafas terakhir di luar tanah air tempat tumpah darahnya…..Alfatihah

>>-Ni aku rasa kcuf off ni! Sejak bila jadi patriot rakyat nieee? Kan wild-boar ni bangsat,petualang pengkhianat agama nusa dan bangsa….
p/s Teringat kata2 seorg komunis melayu macam arwah bangsat ni “Orang Melayu Mereka Kuat Semayang, Susah Mau Masuk Komunis”…aku tambah- “LAin kalau macam aku…hehehe (dalam hati)”
Apa pun bangsat sekor ni dah mampus, tinggal 2 ekor bangsat melayu tunggu nak mampus (shamsiah fu**-eh & Abdullah Celana Dalam, bangsat Cina Chin Pen-is) going to die. Yang dah mampus ni bersoal jawab ajelah dalam kubur….jawab2 jangan tak jawab dgn mungkar nakir akibat perbuatan beruk ni pada rakyat tanah melayu, trutama yang Islam.

5. elizabethwong - December 6, 2006

Tentang Pak Sako and A Boestamam, saya telah mengajak si pembaca untuk membetulkan anggapan ini.

Kenyataan2 yang berikutan merupakan pendapat saudara ‘Anti-Komunis’. Malangnya saya langsung tidak dapat bersetuju denganmu.

6. renjer_hutan - January 25, 2007

ya betul..rahsid maidin merupakan pejuang dan pahlawan bangsa..ramai yang tidak tau kerana sejarah kita sudah dicipta oleh penjajah untuk tanamkan kebencian

7. TheDRAsseus_gUNz-XP - March 4, 2007

@anti-communist
ampa gila ka dok mAki org dh ninGgal?HoO. .
Teruknya dosA amPa..


8. jawsni - April 9, 2007

@anti-comunist adalah rakyat malaysia yg terlalu taksub dgn orang barat..org seperti @anti-comunist ini adalah jenis orang yang akan amat berbangga klu dapat berkawan dgn penjajah..dia sanggup menjilat kaki penjajah semata2 untuk jadi kelompok mereka..ini lah yg di katakan TALI BARUT PENJAJAH…orang jenis ini lah yang akan memusnahkan rakyat malaysia..sedar lah wahai @anti-comunist,tidak semua yg di perkatakan oleh penjajah itu adalah benar.sesungguhnye bodoh lah engkau wahai @anti-comunist kerana mempercayai fakta2 penjajah!!!
elizabeth,thx for the true fact …

9. R1037 - April 16, 2007

What ever is it this malay communist have cause havoc and distruction in malaya during the emergency. Fighting for independence thats not mean kiling you own country man or forcing them to follow your ideology. Why even when malaysia have gain independant they still was fighting for control. To me the real heroes of independence were the men and women who fought the communist and drive the movement for self rule in malaysia.
I salute them for their courage and sacrifice. To the Malay communist that is still alive now do you think killing your own countryman is the way to be a freedom fighter or it is more like being a bandit in the jungle.

10. Askar lama - July 25, 2007

al-fatihah…kepada yang meninggal dalam agam islam..memenag pada mulanya mereka ini adalah pejuang bangsa. Namun selepas kemerdekaan Malaya, kenapa mereka ingin terus berjuang untuk meneggakkan fahaman komunis itu…elizabethwong…kamu rasa malaysia ini akan maju seperti sekarang ke kalau dalam tangan komunis? Mereka ini sebenarnya mementingkan perjuangan peribadi untuk memerintah..kamu lihat apa yang berlaku semasa pemerintahan mereka yang sekejap tu..gila kuasa..tamak..dendam..sehingga sanggup membunuh dan menyiksa rakyat negara sendiri..adakah mereka ini orang asing..kalau kamu baca dan kaji sejarah..orang cina yang paling banyak jadi mangsa komunis ni…harap2 dia sempat bertaubat….

11. Askar lama - July 25, 2007

al-fatihah…kepada yang meninggal dalam agam islam..memang pada mulanya mereka ini adalah pejuang bangsa. Namun selepas kemerdekaan Malaya, kenapa mereka ingin terus berjuang untuk menegakkan fahaman komunis itu…elizabethwong…kamu rasa malaysia ini akan maju seperti sekarang ke kalau dalam tangan komunis? Mereka ini sebenarnya mementingkan perjuangan peribadi untuk memerintah..kamu lihat apa yang berlaku semasa pemerintahan mereka yang sekejap tu..gila kuasa..tamak..dendam..sehingga sanggup membunuh dan menyiksa rakyat negara sendiri..adakah mereka ini orang asing..kalau kamu baca dan kaji sejarah..orang cina yang paling banyak jadi mangsa komunis ni…harap2 dia sempat bertaubat….

12. agus faisal - October 21, 2007

sudahlah, saya orang islam dan dari negeri yang paling besar sejarahnya melawan kolonialisme, INDONESIA ! saya bangga anda punya negara mempunyai seorang tokoh pergerakan, komunisme bukan atheisme, sebagai orang yang intelektual, anda tidak bisa mengatakan Komunis gagal dalam segala hal dalam bernegara. 3 juta orang komunis dibunuh di Indonesia hanya dalam satu bulan ! anda harus tahu juga sejarah di negeri anda, tapi saya tidak setuju jika komunisme dijadikanalasan untuk membandingkan dengan ideologi lain, apalagi agama. Islam mengajarkan mengasihi sesama manusia tanpa melihat ideologi verasal dari mana, namun saya jelas beriman untuk anti Zionis, Amerika dan Inggeris. Mereka merusak negeri Asia dimana-mana.

13. pemikir - June 29, 2008

asslamulaiku…..kepada anti communist jagan angap awak itu tuhan…kita ini hamba x layak nak menjatuhkan hukuman pada seseorang…pekatan yang anda guna terlalu kesat kepada sesama manusia…lihatlah pekataan kesat yang anda guna…adakah ia melambangkan orang melayu yang punya tinggi budi bahasa…….sedarlah anda itu lebih kebaratan dari ketimuran..betul kata orang lama2……….bangsa kita masih dijajah….mengagung2kn barat seperti anda…


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 42 other followers

%d bloggers like this: