jump to navigation

Reformis Dalam Kenangan January 26, 2007

Posted by elizabethwong in Democracy, Event, History, Malaysia, RIP.
trackback

26 Jan 2007 (Jumaat), 8:30 malam
Dewan Perhimpunan Cina Selangor

Gelombang Reformasi yang melanda negara bermula tahun 1998 adalah salah satu detik yang penting dalam sejarah perjuangan rakyat. Gelombang Reformasi tidak akan wujud tanpa titisan keringat insan pencinta demokrasi dan kebebasan.

Dalam memperjuangkan reformasi, tidak kurang yang telah pergi meninggalkan kita.

Antaranya ialah Omar Tan, MGG Pillai, Hajjah Ning, Dato’ Fadzil Noor (Bekas Presiden PAS), Mohd Zainol Osman (Pak Non), Ahmad Sazli Saad, Ng Boon Jieh, Haji Alwi Haji Ehsan, Cikgu Kahar, Panja Lingam, Haji Mokhtar Anwar dan Junaidi Ismail, Mohd Muhayat Mohd Yusof, Sulaiman Meor Abdul Rahman, Eslawaty Awang Ehsan, Chong Chow, Haji Jalaluddin Mohd Taib, Hussin Dahlan, Khalil Shah Jamaluddin (Cikgu Khalil), Muzaffar Tate, Dr Rosli Ibrahim, Haji Abdul Razak Mohd Said, Hawa Bee Omar Satah, Haji Mahmood Taib, Ooi Seow Beng dan lain-lain.

Cetusan idea “Malam Reformis Dalam Kenangan” lahir daripada kesedaran pentingnya untuk kita memperingati mereka – Reformis Tulen, yang telah meninggalkan kita dengan sumbangan masing-masing, justeru dijadikan teladan dan dijanakan sebagai tenaga penggerak untuk terus mara ke depan.

Anwar Ibrahim juga akan hadir sebagai salah seorang pemidato pada malam tersebut. Program selainnya adalah termasuk nyanyian, sajak dan pengkisahan yang mengisahkan pengorbanan perjuangan aktivis reformasi. Ahli keluarga para reformis turut dijemput hadir.

About these ads

Comments»

1. Black - January 27, 2007

Terima kasih kepada penganjur. Program seperti ini memang bagus kerana kita seharusnya tidak melupakan orang-orang yang telah mati. Pengorbanan mereka sepanjang hayat untuk menegakkan keadilan dan kebenaran haruslah dihormati dan dikenang.

Seperti yang kamu tahu, Di Korea Selatan, setaip orang yang terlibat dengan Kebangkitan Gwangju 1980 akan terus dikenang dan pelbagai tugu telah dibina untuk memperingati mereka.

Mungkin kita juga boleh mula untuk mengenang bukan sahaja pejuang-pejuang Reformasi tetapi pejuang-pejuang kemerdekaan yang dilupakan oleh arus perdana kerana tak sehaluan dengan pemerintah seperti Rashid maidin, Burhanuddin Helmi, Ahmad Boestamam dan ramai lagi yang tak mungkin saya dapat tulis disini.

Tahniah.

2. ylchong - January 28, 2007

I wrote on the Night, gave thee a HI mention. NOW, where do I send the (Killer) Mr Bill?


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 42 other followers

%d bloggers like this: