jump to navigation

(Readings) 50 Tahun Terang Bulan Terbarai August 11, 2007

Posted by elizabethwong in Current Affairs, History, Malaysia, News Archive, Politics, Race Relations, Readings.
trackback

My favourite Malaysian writer strikes again :)

Some choice quotes:-

Bagaimana sebuah negara yang mengelar diri mereka – merdeka – tetapi lagu kebangsaan pun di ciplak.

Tuntutan MERDEKA adalah projek dan tuntutan Persatuan Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM). Merdeka BUKAN projek United Malay National Organisations.

Dalam negara yang penuh dengan klentong, penipuan dan pembohongan bercakap benar adalah tindakan yang revolusioner.

(Unedited) Lima Puluh Tahun Terang Bulan Terbarai
Hisham Rais

Ha ha ha…. Semuanya sedang terbarai. Retak, pecah akhirnya terbarai.
Ketika saya menulis ini muzik latar yang mengiringi ketikan jari saya di lap
top ialah putaran muzik Memula Moon versi paling terbaru. Ini versi rap rock
parodi counter culture yang cool lagi menggiurkan.Tiga helai bulu ari dan
tiga helai janggut untuk anak muda yang merekonstruksi Memula Moon.

Memula Moon a.k.a Terang Bulan a.k.a Negaraku a.k.a Negara Kuku kini menjadi
top hit yang hampir mencecah satu juta pendengar dan puluhan ribu memberi
komen. Angka-angka ini kelihatan terus melonjak. Ratusan ribu Mak Cik Felda
dan Pak Cik Teksi , di seluruh negara – dari Perlis hingga ke Mersing
yang tidak ‘connected’ sedang tertanya-tanya – Negara Kuku
itu apa? Tiga helai lagi bulu ari untuk Namewee.

Saya telah lupa entah berapa kali saya telah menulis tentang lagu Terang
Bulan ini. Semenjak saya di Universiti Malaya dalam tahun 70’an lagi
saya telah menulis dan menerangkan apakah dia si Terang Bulan. Saya tidak
akan lupa bagaimana Concorong Republik Indonesia Bung Karno telah memainkan
lagu Terang Bulan ketika Konfrontasi (1963-64).

Terang Bulan dimainkan di concorong. Concorong? Apa jadahnya concorong ini?
Untuk mereka yang lahir pada zaman Firaun concorong adalah perkataan Melayu
untuk radio. Perkataan ini telah saya pelajari sebelum saya belajar sains
dan maths dalam Bahasa Inggeris.

Bung Karno memainkan lagu Terang Bulan di Radio Republik Indonesia untuk
memperlekehkan Tengku Abdul Rahman seorang budak suruhan Inggeris yang tidak
berupaya membuat lagu kebangsaan sendiri. Memang tepat anggapan Bung Karno
ini. Bagaimana sebuah negara yang mengelar diri mereka – merdeka – tetapi lagu kebangsaan pun di ciplak.

Ha ha ha. Selama 50 tahun penjiplakan ini telah disorok di bawah kopek
United Malay National Organisations. Betapa besar pun kopek Rafidah dan
kopek Sharizat, penjiplakan ini akhirnya diketahui umum. Memula Moon
akhirnya tertonjol keluar apabila kopek-kopek United Malay National
Organisations yang semakin mengecut.

Pada satu ketika dahulu lagu Terang Bulan opps… Negara-ku ini dimainkan di
panggung wayang. Ini pun ketika saya belum belajar sains dan maths dalam
Bahasa Inggeris. Awalnya Terang Bulan dimainkan sebelum filem bermula. Kami
kanak-kanak seperti biasa dibuli agar bangun berdiri – kunoon
–sebagai contoh rakyat patriotik. Kemudian, entah apa berlaku Terang
Bulan dimainkan apabila filem selesai diputar. Akhirnya hingga ke hari ini
satu hampeh pun tidak ada lagi. Warga telah bosan dengan Terang Bulan.

Sebenarnya pada ketika itu dalam panggung wayang tidak sesiapa yang ambil
pot apabila Terang Bulan berbunyi dan bendera Star and Stripes opps salah
lagi… apabila bendera Tanah Melayu berkibar. Kami anak-anak sekolah sahaja
yang berdiri kerana takut (sic) kalau-kalau cik gu ada sama di dalam
panggung. Pak Cik, abang dan kakak langsung tidak ambil pot apabila Terang
Bulan berbunyi.

Semua ini berlaku ketika beberapa tahun sesudah British meninggalkan Tanah
Melayu. Ini di era Firaun belum menjadi Firaun. Ini di zaman surat beranak
Mahathir masih di tulis son of Kutty. Ini sebelum Razak Hussein dapat
berkenalan dengan Sarimah. Ini pada zaman ada joget lambat selepas
perkahwinan anak wakil rakyat Pas.

Zaman yang saya katakan ini ialah zaman sebelum kita semua boleh menggoogle.
Zaman sebelum Mahazalim dan Mahafiraun menjadi santapan bacaan. Zaman
sebelum blog wujud dan menyusahkan Utusan Malaysia dan RTM.

Kini kita telah memasuki zaman pasca moden. Semuanya boleh. Naratif induk
tentang dunia ini di wujudkan oleh tuhan dalam masa tujuh hari telah
dipersoalkan. Meta naratif tentang Adam dan Hawa hanya dilihat sebagai
metafora.

Semua naratif boleh di persoalkan. Semua naratif telah berkecai dan
terbarai. Tidak wujud lagi pemusatan hegemoni naratif yang menjadi ikutan
umat manusia. Kita semua telah ‘connected’ – manusia pasca
moden hanya perlu menggoogle untuk mengetahui apa sahaja maklumat dalam
dunia ini.

Kerana itu saya dapat mengetahui bahawa Terang Bulan, Negara-ku, Negara Kuku
berasal dari lagu Memula Moon. Jika tidak percaya apa yang saya tulis sila
google perkataan Memula Moon. Tidak percaya lagi? Sila google perkataan
Negara-ku. Masih was was , sila lawati YouTube. Di sini dapat dilihat
bukti-bukti sahih tentang asal usul Negara Kuku. Bukti ini boleh kita semua
dapati tanpa perlu berhubung dengan Ghani Patail atau merasuah sesiapa
untuk mendengar alunan gesekan biola Memula Moon.

Ha ha ha. Lima puluh tahun Projek Malaysia telah terbukti semakin gagal.
Apa yang sedang kita semua lihat dan baca hari ini adalah manifestasi dari
kegagalan Projek Malaysia. Projek Malaysia ini tidak bertiang, tidak
berpaksi dengan kebenaran. Projek Malaysia tidak berdiri di atas fakta
sejarah. Projek Malaysia berdasarkan kong kali kong dan klentong demi
klentong. Tutup lubang gali lubang.

BUKTI PERTAMA – Malaysia BUKAN 50 tahun. Hari Malaysia BUKAN 31 Ogos.
Projek Malaysia bermula pada 16 September 1963. Sila google untuk kesahihan
fakta ini. Jika TIDAK percaya sila pergi tanya Mat Sabah atau Minah Serawak.
Dua wilayah ini memasuki Malaysia pada 16 September 1963 BUKAN 31 Ogos 1957.

BUKTI KEDUA – Tuntutan MERDEKA adalah projek dan tuntutan Persatuan
Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM). Merdeka BUKAN projek United Malay National
Organisations. Projek United Malay Organisations ialah – HIDUP
Melayu. (macamlah Tanah Melayu tak ada oksigen)

BUKTI KE TIGA – Kemerdekaan di capai tanpa tumpah darah. BOHONG.
Penyokong dan anggota Parti Komunis Malaya, PKMM, Angakatan Pemuda Insaf
(API), Angkatan Wanita Sedar ( AWAS), Hisbul Muslimin, Malayan Democratic
Union adalah di antara ribuan anak bangsa yang telah mengangkat senjata
melawan penjajah British.

BUKTI KE EMPAT – Lagu Negara-ku bukan lagu hasil ciptaan warga Tanah
Melayu. Lagu ini adalah ciptaan penyair dan komposer Perancis yang bernama
Pierre Jean Berager yang lahir pada kurun ke 19. Beliau yang menulis muzik
lagu Memula Moon a.k.a Negara-ku.

BUKTI KE LIMA – Warna bendera Malaysia yang wujud hari ini tidak ada
sangkut paut dengan budaya dan asas bumi ini. Bendera yang ada pada hari
ini adalah ciplakkan dari bendera Amerika Syarikat. Bendera Langkasuka
tamadun Melayu di Lembah Bujang ialah Merah Putih. Warna merah putih ini
berkibar sebagai bendera negara Indonesia, Singapura dan di pakai oleh
United Malay National Organisations sendiri.

Ha ha ha. Semuanya terbarai kerana kita semua boleh menggoogle, membaca,
menulis dan menonton laman-laman web tanpa disaring oleh hegemoni daulah.
Terima kasih Ronald Reagan yang telah menghadiahkan internet kepada dunia.
Tiga helai bulu ari untuk arwah Ronald Reagan.

Justeru jangan hairan kenapa bendera Malaysia hari ini tidak berkibar. Di
rotan, di paksa dan disaman pun orang ramai TIDAK ambil pot. Rakyat telah
muak dengan pembohongan demi pembohongan. Projek Malaysia yang penuh dengan
klentong telah kelihatan gagal. Naratif Malaysia kini sedang di cabar oleh
maklumat- maklumat yang bergantang-gantang keluar dari internet.

United Malay National Organisations yang terus bersikap esklusif dan
possesive tentang Merdeka kelihatan terpencil bersendirian. Mereka memukul
gendang maka mereka sahajalah yang berjongeng. Sikap dan perangai United
Malay National Organisations yang eksklusif dan tidak demokratik ini pasti
akhirnya akan membosankan rakyat Sabah dan Serawak.

Tidak menghairankan satu ketika nanti rakyat Sabah dan Serawak akan
menghidupkan kembali cita-cita asal perjuangan mereka untuk menubuhkan
negara merdeka Kalimantan Utara – penyatuan Sabah Serawak dan Brunai.
Fakta Kalimantan Utara ini juga telah cuba disurukkan di bawah kopek. Tetapi
dengan wujudnya internet semua fakta akan muncul dengan bantuan Pak Cik saya
yang bernama Lebai Google bin Mat Yahoo.

Bila rap Terang Bulan terus berputar di lap top saya tersenyum puas. Saman?
Tangkap anak muda yang mengkonstruk Memula Moon? Rotan dia? Masukkan dalam
penjara? Poorah. Hanya seorang sahaja yang berhak menyaman iaitu manusia
yang bernama Pierre Jean Berager. Saman dari kaum keluarga Jean Beranger
wajib disampaikan kepada sesiapa sahaja rakyat Malaysia yang masih
menganggap lagu Memula Moon ini sebagai lagu Negara-ku.

Apakah saya seorang pengkhianat bangsa kerana menulis perkara-perkara ini ?
Apakah saya tidak patriotik? Sila google dan baca apa kata Mark Twain
tentang patriotik. Pengkhianat bangsa? Dalam negara yang penuh dengan
klentong, penipuan dan pembohongan bercakap benar adalah tindakan yang
revolusioner. END

About these ads

Comments»

1. bamboo river - August 11, 2007

He is also my fav. Just can’t have enough of his hyper extraodinary way of writing !

2. Patriotic1994 - August 12, 2007

Excellent writing! Never knew about this until today! I called myself “Patriotic1994″ because I love my country and I actually showed my patriotism in year 1994 when someone criticize Malaysia. And I was “defeated” when I tried to justify my stand. Never knew why I was defeated, until TODAY — because I am standing on a sinking ship full of lie!

I am cheated! Damn!

3. monsterball - August 12, 2007

So many millions of voters are being cheated. Some want to be cheated…as out of selfishness…keep on voting for personal benefits..not for real advancements to be united as Malaysian.
The puppet player have also millions of real admirers who love to play race and religions. Some can be bought to vote for the puppeteers.
Although adding up….more millions do not want to be puppets…yet they keep on winning for 50 years.
Our democratic system is full of shit.
I am also a patriot. Who talk back about Malaysia..I will confront that person…all my life….but it is so sickening to feel that UMNO thinks they own Malaysia…so arrogant…cunning..corrupted and like I said…full of shit.

4. Hasbullah Pit - August 12, 2007

Ianya “Mamula moon” bukannya “Memula Moon”

5. Satria Asia - August 13, 2007

“Tengku Abdul Rahman seorang budak suruhan Inggeris yang tidak
berupaya membuat lagu kebangsaan sendiri…”

Mangkuk hayun kau Hisham! Pasai Tunku lah kau masuk universiti…kalau tak…kau menoreh gotah kat Jolobu!
:-)

EW: Apa salahnya kalau seseorg penoreh getah? Bukankah tulang belakang pembangunan negara berasal dr sektor ni?

6. Satria Asia - August 13, 2007

Betul tu … I take it back. I am sorry to all the people who have toiled in the plantations. So many have been left by the wayside and like the people of Bukit Jalil estate, have been reduced to ‘squatters’. They have contributed their lives for the country. Absolutely shameful that they have been treated so unjustly. It was an unthinking comment. I plead for your forgiveness.

I admire The Tunku and become annoyed when an unkind word is said of him.

7. demn - August 23, 2007

politik suck..!!!

8. MUHAMAD NURE - August 25, 2007

Ternyata m’sia sudah dari dahulu menciplak karya seni orang lain ya! benderapun ciplak US, skangpun musik dan filemnya meniru produk INDONESIA. (malaysia-SIAnyapun apa tiru Indonesia juga?) saya baru tau kalau lagu terang bulan=ciplakan lagu orang,tapi… mungkin bisalah dipahami zaman itu bangsa2 melayu baru bebas dari penjajah, jadi pengaruh musik barat masih ada. lagu INDONESIA RAYA itupun tercipta karena hinaan belanda kalau pribumi tak mampu buat lagu lagu bagus,maka wr.supratman mencipta lagu tersebut. setelah itu patrotisme pemuda Indonesia bangkit.

*Bangsa melayu maju bersama!!!!!*

9. kris kris - October 6, 2007

pokoknya Malaysia itu selain jiplak juga caplok hasil karya negara lain contohnya Indonesia ..sudah jelas2 batik adalah karya Indonesia malah diaku sebagai kreasi Malaysia, sekarang lagu rakyat asal Maluku berjudul rasa sayange juga di colong oleh Malaysia ..dipasang buat mempromosikan wisata Malaysia ..bener-benar keterlaluan …itu namanya mempermalukan nagara sendiri!

10. swik - November 7, 2007

baru kali ini baca tulisan dari orang malaysia yg g mengekspos “patriotismenya” dengan membabi buta (entah itu patriotisme atau bukan, apa hujatan, hinaan dan cacian yang ditujukan ke orang-orang yg “menyerang” negara mereka dapat digolongkan ke dalam sikap patriotisme??)
salut
karena mau membuka mata

11. MUHAMAD NURE - November 8, 2007

Info sedikit, lagu terang bulan/negaraku dengan judul asli ‘trang bulan’ asalnya ternyata dari etnis betawi. lagu ini sangat populer sekitar tahun 30′an di batavia(jakarta) dan tengku abdul rahman sangat suka dengan lagu ini. entah kenapa lagu keroncong romantis asal batavia ini dipilih untuk lagu kebangsaan malaysia,hanya T.abdul rahman sendirilah yang tau akan hal ini.

Lagu2 Indonesia yang dianggap lagu rakyat malaysia juga:
-jali jali
-burung kakatua
-Kicir kicir
-es lilin
-rasa sayang
-naik kereta api
-trang bulan
-lagu2 ismail marzuki
-entah apa lagi…

12. rizka lesmana - November 27, 2007

m’sia ko culas banget sih jadi negara, oh iya saya tau kenapa mereka seculas itu sama negara kita ini karena m’sia miskin budaya dan kreatifitas bisanya menjiplak dan merampas karya orang lain ih… harusnya mereka malu dong katanya mereka bangsa yang kaya ko bikin lagu aja n seni budaya aja ga bisa sih ? katanya truly asia tapi ko jiplakan semua jangan – jangan bukan hanya indonesia yang di jiplak karyanya tapi negara – negara lain di asia. dasar m’sia picik , licik, dengki dan sombong. saatnya generasi muda kita bangkit tingkat kan rasa nasionalisme kita harusnya kita lestarikan budaya daerah kita agar ga di curi orang setuju ga ????

13. ezra - December 2, 2008

I am an Indonesian, and I’m very proud to be an Indonesian, born in a very rich country, full of tradition and rich culture, although people all over the world underestimated Indonesia but I am sure that in the same time they are also admiring on Indonesia becoz of it richness.
One thing that all of u should put in mind is that Indonesia never STEAL anything from others, from ancient time Nusantara (our previous name) had been become a large area, u named it Majapahit, Sriwijaya, Kertanegara, and many more.

INDONESIA RAYA, MERDEKA!!!


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 42 other followers

%d bloggers like this: