jump to navigation

Anwar on the Police February 6, 2007

Posted by elizabethwong in Environment, Human Rights, Malaysia, Note2Self, Readings.
trackback

Pada 3 Februari 2007 saya dijadualkan berucap di sebuah ceramah anjuran Parti Keadilan Rakyat Bahagian Petaling Jaya Selatan bersama pimpinan-pimpinan Keadilan lain di Taman Medan. Penganjur telah memohon permit polis untuk acara tersebut. Walau bagaimanapun permohonan ini ditolak.

Pada hari ceramah, polis dan Polis Simpanan Persekutuan telah mendirikan sekatan jalan di laluan-laluan menghala ke tempat ceramah. Ratusan anggota polis dan pegawai MBPJ mengepung kawasan tersebut.

Namun demikian lebih 3,000 orang awam tidak mengendahkan tekanan polis dan menghadiri ceramah tersebut. Apabila saya tiba di tapak ceramah, pihak polis tidak mahu membiarkan sesiapapun berucap. Selepas mendesak polis, mereka akhirnya akur dan saya bercakap selama 20 minit kepada orang ramai.

Saya telah menimbulkan persoalan mengenai pembunuhan Altantuya, pemberian komisyen luar biasa mencapai jumlah RM1 bilion di dalam pembelian senjata, pembelian kapal layar dan pelbagai lagi yang sehingga kini belum dapat dijawab oleh kerajaan. Adakah ini yang telah menyebabkan kerajaan takut sehingga memperkudakan polis?

Pada keesokan hari, 4 Februari, orang ramai yang menentang kenaikan tol baru-baru ini telah menganjurkan sebuah perhimpunan awam di hadapan IOI Mall, Puchong. Sekali lagi polis telah mengambil keputusan menangkap 15 pimpinan dan aktivis pembangkang meskipun perhimpunan tersebut dijalankan secara teratur dan aman.

Amat malang sekali apabila polis terus menggunakan ketakutan dan tekanan sehingga mereka hanya menjadi alat kerajaan. Tun Dr Mahathir Mohamad mungkin memulakan Negara Polis, tetapi Perdana Menteri langsung tidak menamatkan institusi dan undang-undang zalim serta menggunakannya untuk menutup kelemahannya, di sebalik janjinya untuk mewujudkan keterbukaan, akauntabiliti dan ketelusan.

Beberapa kilometer dari tempat ceramah di Taman Medan, sebuah rompakan besar-besaran berlaku di Subang Parade yang meninggalkan dua pengawal dan seorang perompak mati, sementara seorang lagi pengawal cedera parah. Ramai rakyat Malaysia biasa yang berada di pusat membeli-belah tersebut pada malam minggu akhirnya melarikan diri dengan rasa panik dalam keadaan cemas atau menyembunyikan diri dalam ketakutan berikutan tembak-menembak yang berlaku. Sebanyak 50 biji peluru dijumpai di tempat kejadian.

Sedang polis lebih berminat menjadi alat kerajaan untuk menekan pembangkang, kadar jenayah Malaysia telah meningkat berganda-ganda. Kita sering mendengar rungutan bahawa pihak polis mendapati mereka kekurangan tenaga untuk melakukan tugas mereka dengan sempurna; sudah semestinya kesuntukan ini menjadi lebih serius apabila tenaga dan masa mereka digunakan untuk menghalang aktiviti parti politik yang berdaftar. Pihak polis sepatutnya menumpukan masa dan tenaga mereka terhadap tanggungjawab utama mencegah jenayah dan memastikan keselamatan rakyat Malaysia yang biasa.

Anwar Ibrahim (5 Feb 2007)

Comments»

1. Nia Mah - February 6, 2007

cakap tak serupa bikin.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: