jump to navigation

Menteri tidak empati wanita, mirip dinosaur! March 12, 2007

Posted by elizabethwong in Human Rights, Malaysia, Race Relations, Readings, Women.
trackback

KONTANGNYA ILMU DAN KEFAHAMAN MENTERI PELANCONGAN MALAYSIA TERHADAP WANITA (KENYATAAN MEDIA: 12 Mac 2007)

Kenyataan Tengku Adnan Tengku Mansor, Menteri Pelancongan Malaysia, dalam akhbar Sin Chew, 9 Mac, 2007, bahawa daripada 10,000 bloggers yang mengangggur, 80% adalah terdiri daripada wanita. Beliau juga menyebut kepada pemberita bahawa bloggers adalah golongan yang gemar menyebar khabar-khabar angin dan membenci perpaduan serta harmoni antara kaum.

Sebagai seorang menteri, menonjolkan tuduhan sedemikian adalah sesuatu yang tidak bertanggungjawab, dan mengetengahkan data yang belum tentu dapat dibuktikan, adalah sesuatu yang amat sukar untuk diterima.

Kenyataan beliau adalah sesuatu yang tidak wajar, lebih-lebih lagi ketika wanita seluruh dunia baru saja menyambut Hari Wanita Sedunia pada 8 Mac, 2007. Menteri seperti Tengku Adnan yang tidak empati terhadap situasi dan realiti kehidupan wanita, adalah mirip dinosaur yang akan pupus, kerana wanita pastinya akan menolak pemimpin yang sedemikian.

Hakikatnya: Wanita selamanya tidak pernah menganggur! Bahkan seharian dan malam bekerja memastikan kesejahteraan keluarga, masyarakat dan Negara dan kebanyakan wanita adalah golongan yang mendahului kepentingan orang lain sebelum diri mereka sendiri.

Kenyataan Menteri Pelancongan adalah dianggap sengaja merendahkan dan meremehkan keupayaan, komitmen, kesungguhan, keprihatinan wanita, dan mencemar nama baik semua wanita, khususnya Wanita Malaysia, dalam usaha dan keyakinan mereka bersama-sama membangun dan mengharmonikan negara yang mereka cintai.

Dengan kenyataan seksis itu, ramai Wanita Malaysia telah hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Menteri Pelancongan tersebut.

Women Bloggers Unite!

Hjh Fuziah Salleh
Ketua Wanita, Parti Keadilan Rakyat

(English translation available here)
——————-

Dan, teman-teman saya di Harakahdaily telah menterjemahkan ahkbar Sin Chew dan menyiarkan berita tersebut pada malam Sabtu:-

Adnan: Bloggers adalah pembohong, 80 peratus dari mereka wanita menganggur
Abdul Halim Mohd Rashid

KUALA LUMPUR, 11 Mac (Hrkh) – Menteri Pelancongan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor Khamis lalu (8 Mac) menyifatkan kesemua pengendali blog (bloggers) di dalam Internet sebagai pembohong dan 80 peratus dari mereka ialah wanita-wanita yang tidak mempunyai pekerjaan.

“Kesemua bloggers adalah pembohong, mereka menipu orang ramai dengan menggunakan pelbagai helah. Berdasarkan apa yang saya difahamkan, dari 10,000 bloggers yang menganggur, 8,000 adalah wanita”.

Beliau berkata demikian pada sidang media Jualan Murah GP Malaysia apabila ditanya mengenai tuduhan di dalam blog seorang penyampai TV. Mereka yang hadir pada mulanya terperanjat tetapi kemudiannya tertawa.

Beliau berkata, beliau mungkin akan kehilangan sebahagian pengundi wanita tetapi beliau tidak menarik balik kenyataannya atau membayangkan beliau hanya bergurau.

Beliau berkata, bloggers menyebarkan khabar angin, menganggu keharmonian sosial dan kebanyakan bloggers suka memfitnah dan menipu orang ramai melalui blog mereka.

“Kesemua bloggers tidak mahukan perpaduan nasional. Negara kita berjaya kerana kita bertolak ansur antara satu sama lain, jika tidak, akan berlaku perang saudara, Melayu membunuh Cina, Cina membalas dendan dan membunuh Melayu, orang-orang India pula akan membunuh setiap orang”.

Beliau menggesa rakyat Malaysia supaya jangan mudah mempercayai bloggers dan memperjudikan masa hadapan kita kerana pencapaian kita setelah 50 tahun merdeka bukanlah sesuatu yang mudah.

“Kita mesti menunjukkan sikap yang positif, jika dunia belajar bersikap tolak ansur seperti kita, dunia akan aman, tanpa perang atau perang saudara”.

Comments»

1. susan loone - March 12, 2007

here’s thanking fuziah for the statement! vote her next MP please:-)

2. elizabethwong - March 12, 2007

Apart from liking the visual of a dinosaur, which will eventually *poof* – “pupus”, I am glad she pointed out that household work is in fact work for women.

3. zewt - March 13, 2007

this issue is getting hot hot hot !!! woo hoo !!


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: