jump to navigation

(Readings) Apa lagi pilihan yang ada? May 1, 2007

Posted by elizabethwong in Democracy, Malaysia, Readings.
trackback

Insightful observation from a young activist, Black, who has been involved in the promotion of free and fair elections in Asia.

Black has been posted to a number of countries including Afghanistan on election-monitoring missions.

Apa lagi pilihan yang ada?

April 29th, 2007

Pilihanraya kecil yang baru berlangsung di Ijok tempoh hari merupakan pilihanraya kecil yang tersengit jika dibandingkan dengan keempat-empat pilihanraya kecil sebelum ini. Walaupun keputusannya akan tetap memihak kepada Barisan Nasional, tetapi jentera-jentera BN dan kerajaan seperti Polis telah bekerja keras untuk memastikan kemenangan Barisan Nasional. Polis telah bertindak begitu cekap sekali apabila mereka menghalang dan menghentikan ceramah-ceramah dari PKR dan parti pembangkang.

Yang menyebabkan “Ijok” lebih menarik berbanding dengan pilihanraya kecil yang lain ialah kerana ia dilihat sebagai pertembungan secara langsung oleh Timbalan Perdana Menteri dan bekas Timbalan Perdana Menteri. Sehingga ke malam terkahir sebelum hari pembuangan undi di Ijok, menurut rakan-rakan dari dalam UMNO yang mendapat laporan dari SB (lihatlah bagaimana SB memainkan peranan untuk memenangkan BN), PKR mendahului peluang untuk menang sebanyak 55 peratus berbanding BN yang diramalkan hanya mempunyai 45 peratus peluang untuk menang.

Tetapi apabila keputusan kiraan undi diumumkan. BN menang. Majoriti juga lebih besar berbanding dengan plihanraya umum yang lalu. Seorang bekas cikgu telah berjaya menewaskan bekas pengerusi PNB (perlu juga diambil kira siapa di belakang bekas cikgu itu). Peratusan mengundi di Ijok juga merupakan yang terbesar dalam sejarah pilihanraya kecil iaitu 83.08 peratus. Ini menambahkan legi keyakinan orang ramai yang “pegundi hantu” telah berjaya mengundi tanpa ditangkap oleh “Ghostbuster”.

Anwar Ibrahim menyatakan kesedihan nya terhadap Malaysia kerana tak menyangka yang pilihanraya kecil Ijok menjadi sebegitu kotor. Pada pandangan saya, Anwar tidak perlulah begitu terkejut jika diambil kira pengalamannya didalam kerajaan dari 1982-1998. Tak mengapalah itu cerita lama. Tak dinafikan juga kehadiran Anwar dalam kempen-kempen bagi membantu Khalid Ibrahim telah menggerunkan Barisan Nasional. Najib yang terlalu lemah dalam menjawab serangan-serangan dari Anwar akhirnya telah dibantu oleh “Godfather”, Abdullah Ahmad Badawi (yang rupanya tak banyak beza dengan Marlon Brando (jika dilihat dari tepi) dalam filem Godfather).

Ijok juga menarik kerana Mahathir telah mengeluarkan kenyataan (yang tidak disiarkan oleh media arus perdana) agar pengundi di Ijok mengajar kerajaan Barisan Nasional. Tetapi kenyataan Mahathir (bekas perdana menteri yang memerintah selama 22 tahun) juga gagal untuk menggugat BN untuk menang.

Jadi apakah pilihan lain yang ada selain dari pilihanraya? Sila baca disini dan disini dan buatlah keptusan. Anwar Ibrahim dan Mahathir seharusnya lebih tahu mengapa pilihanraya tidak akan membawa apa-apa perubahan di Malaysia.

 

 

Comments»

1. monsterball - May 1, 2007

Black is a young man human rights activist in the making of a wonderful diplomat or Ambassador of future Malaysian government.
I have been following all his posts for months. He is all humane…daring and selfless guy.
I am proud to be his friend.

2. rocky's bru - May 1, 2007

excellent musings, mr black. but i won’t be as pessimistic. perhaps you have seen too many in such a short time that you are numbed by your own experiences. the next general election awaits us. it is an opportunity to make changes, the key to our democracy and freedom. by elections are side-shows and ijok is not a barometer for anything, just a political slug-fest between a former DPM and the current DPM which benefitted neither of them, actually. while they try to pluck each other’s eyeballs out, the prime minister glided in from an overseas trip and shifted from “elegant silence” to “dignified presence” (did you read the bernama piece Eli?) and claimed the victory for himself. don’t lose faith, bro black.

3. arifabdull-Garis Perubahan :: Pilihan Raya: Apa lagi pilihan yang ada? :: May :: 2007 - May 1, 2007

[…] re-post this posting from Elizabeth Wong. Thanks you to my bro Black for your thought of the […]

4. RANJIT SINGH - May 2, 2007

Pilihanraya kecil Ijok menunjukan masyarakat china membuat swing kepada pembangkang…sabenar nya mereka bukan anti kerajaan tapi mereka benci dengan tindak tandok orang umNO dan para petugas umNO? bn yang melakukan keganasan dan militan terhadap party lawan…Orang china cerdik politik…yang bahlol nya orang melayu dan orang India….

5. jeancumlately - May 3, 2007

I said it before. Its not easy to be a malays and having to choose. I am an umno member BUT the disgruntled one. I hate to see the excesses, the abuses, the lies, the deceptions and the corruptions under the name of the malay race. But what is my options? I hate to see my race being associated with rent-seekers, living on bribes and easy moneys. So, who do I vote for? DAP? PAS? PKR?

The truth is, we don’t have a viable alternative. We don’t have credible oppositions.

And I know that I am not alone when I was wishing that the voters in Ijok will send a message but just like machap and batu talam… they managed to buy the endorsement they want.

6. Penulis Tua - May 6, 2007

Orang India yang meyokong BN telah dapat ‘hadiah’ dari Mentri Jamalludin. Beliau adalah dilaporkan menguna perkataan “gelap” dan “low class” tentang orang India di Malaysia. Jika benar, itu lah fikiaran seorang Menteri Malaysia yang Islam jati dan Melayu tulin! Hidup MIC!


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: