jump to navigation

Apa yang sebenarnya berlaku di Kuala Terengganu? September 10, 2007

Posted by elizabethwong in Current Affairs, Democracy, Human Rights, Malaysia, Note2Self, Politics.
trackback

Dipetik dari Malaysia-Today

(Roslan SMS Corner) Ia sepatutnya menjadi majlis ceramah umum. Tuan rumah di tempat ceramah tersebut telah berpuluh kali membenarkan kawasan rumahnya dijadikan tempat cermah oleh PAS, dan sepanjang sejarah tidak pernah berlaku gangguan apabila majlis-majlis ceramah dianjurkan di situ.

Tiba-tiba pihak polis enggan memberikan permit apabila BERSIH atau Gabungan Pilihnaraya Bersih dan Adil (badanag dianggotai PAS, PKR, DAP dan beberapa NGO lain) mahu mengadakan ceramah di tempat yang sama. Alasan-alasan penolakkan yang diberikan semuanya bukan merupakan isu sebelum ini.

Lalu dipaksa batallah majlis tersebut. Yang menjadi isu adalah cara bagaimana ianya dibatalkan. Pihak polis melalui FRU menggunakan gas pemedih mata dan memancut air dari water canon nya. Itu taktik biasa, walaupun pada malam tersebut tindakan itu dirasakan amat keterlaluan kerana pihak penganjur telah pun berjanji akan memaklumkan dari hal pembatalan itu kepada yang hadir secara aman.

Isu yang paling besar adalah seorang anggota polis telah melepaskan tembakan dari senjatapinya, peluru hidup ke arah mereka yang hadir. Menurut laporan para pendokong PAS yang terlatih telah mengenal-pasti seorang penghasut dikalangan mereka, yang tidak dikenali. Dalam suasana haru-biru itu, seorang penghasut upahan memang mampu membakar semangat dan mencetuskan lagi ketegangan. Lalu beliau telah dipeganga dan didapati rupanya beliau seorang anggota polis yang tidak beruniform.

Apakah tindakan anda jika berada dalam situasi itu? Dahlah suasana tegang rupa-rupanya ada pula penghasut yang mahu menghasut agar para hadirin yang hadir melakukan keganasan! Bila diselidik, penghasut itu pula rupanya anggota polis yang sepatutnya memelihara keamanan. Lalu patilah mereka yang hadir akan marah.

Kalau sekadar hadir berunifrom seperti anggota FRU dan pegawai polis yang lain, tak mengapa, mereka dapat dicam dan dikenali dan mereka biasanya tidak membuat kerja-kerja biadap ini. Tetapi yang ini hadir semata-mata untuk membuat kacau.

Siapa pun yang waras yang hadir pada malam itu akan marah dan bertindak. Lalu si penghasut tadi dipegang, dan dalam kekalutan itu, beliau yang menempah penyakit, cuba melepaskan diri lalu dilepaskannya beberapa das tembakan dari senjatapi yang dibawanya.
Hasil dari tembakan itu terkena seorang bernama Suwandi Abdul Ghani di dadanya (diberitakan baru sahaj menjalani pembedahan di HUSM, Kubang Kerian) dan seorang lagi Muhamad Azman terkena dileher dan kini berada di Hsopital Kuala Terengganu.

Mengapa perlu ditembak dengan peluru hidup?

Tajuk akhbar hari ini sepatutnya bukan: 4 polis cedera rusuhan di Kuala Terengganu (Berita Harian) atau RM1 million damage 23 held (NST) 27 held and 7 injured in riot (The Sun) tetapi sepatutnya:

Polis tembak peluru hidup ke arah orang awam!

Sebentar tadi pihak BERSIH telah mengadakan sidang akhbarnya, dan tuntutan utama mereka agar satu Suruhanjaya Di Raja segera diadakan bagi menyiasat punca kejadian ini dan apa yang yang sebenarnya berlaku. Jangan kerongkong kita disumbat dengan versi pihak polis dan Umno/BN Terengganu. Biar siasatan terbuka dan adil dibuat. Kalau benar yang bersalah BERSIH atau PAS biar kita bongkar, sebagaimana kalau yang salah polis dan Umno/BN biar kita bongkar juga. Biar rakyat tahu yang sebenarnya.

Kerana kini ada pihak yang mengatakan rupanya kejadian ini sudah pre planned. Sengaja diadakan untuk menggagalkan ceramah BERSIH dan menghitamkan wajah pembangkang khasnya PAS dan PKR yangs emakin mendapat tempat di Terengganu.

Ayuh atas darah dua orang rakyat Malaysia yang tumpah di bumi Batu Burok ini kita tuntut agar Suruhanjaya Bebas Di Raja segera dibentuk biar rakyat Malaysia sendiri mengetahui apa yang sebenarnya berlaku.

Comments»

1. max - September 10, 2007

Jika apa yang dicakapkan oleh saudara ini adalah benar, maka ini adalah satu permulaan kepada pemusnahan negara kita. Tetapi media kerajaan telah menuduh pihak penganjur yang mencetuskan kekecohan. Saya percaya ada orang yang telah merakamkan peristiwa ini. Harap dapat dikongsi semua. T kasih.

2. bumblebee - September 10, 2007

well, vote for barisan again, and blackkout on news again lo…and everyboby in the dark, especially kampung people….slow…contented…BArisan minded….and Rotting and more rotting lo…finally it’ll eat into all of us…then it’ll be too late…doomed..

3. mangchik - September 11, 2007

The best part is hantar Hamper? Murahnya harga nyawa Swandi…borlh di tebus dengan hamper , what, at most RM100, RM 200, or RM 800. Well done PDRM, u have confirmed to an UMNO Stooge/Coolie…

4. SANG_HITAM - September 12, 2007

AKU DAH MEMANG TAU BENDA NI SEMUA DAH DI RANCANG, SAMA MCM KES MEMALI DULU, TP SKRG NI NI KITA X LEH NAK BUAT APA PASAL MEDIA KAT MALAYSIA NI SEMUA BN PUNYA, MCM MANA PAU KITA BERDOA LA KAT ALLAH SUPAYA PERJUANGAN KITA DI REDAI NYA

5. SAEDAH BINTI SAMEON - September 12, 2007

APA-APA HAL ORANG RAKYAT MALAYSIA PERLU BERSATU JIKA BETUL NEGARA KITA INI ADALAH SEBUAH NEGARA YANG BERDAULAT.JIKA BEBERAPA ABAD YANG LALU PARA NEGARAWAN NEGARA BERSATU TIDAK KIRA AGAMA DAN BANGSA SEMATA-MATA UNTUK MEMPERTAHAN MARUAH DAN JATI DIRI TAPI KENAPA SEKARANG TIDAK?TIDAKKAH KITA SEBAGAI RAKYAT MALAYSIA TERFIKIR BAHAWA PERADABAN KITA PADA HARI INI TELAH MEMBUKTIKAN YANG KITA TIDAK BERMARUAH.APA GUNANYA PERJUANGAN NEGARAWAN YANG TERDAHULU JIKA HAL INI SEMAKIN MERUNCING.MARILAH KITA SEMUA MERILISASIKAN TUJUAN SEBENAR NEGARAWAN YANG TERDAHULU UNTUK MELIHAT KITA SEBAGAI SATU KOMUNITI YANG BERSATU TEGUH.SEGALA SALAH DAN SILAP HARAP DIMAAFKAN DALAM MESEJ INI.

6. putera - September 13, 2007

dengan mudahnye anda menuduh angota polis yg mnjadi provokasi. sumber mana yg anda perolehi dan guna pakai….buktikan dengan fakta bukan auta…bawa org yg memberikan maklumat mngatakan polis tersebut menjadi sebab ke pehak polis atau pehak berwajib lain…..

7. mie - September 13, 2007

Satu lagi kenyataan anda yang berdasarkan pendapat. Kami perlukan fakta bukan auta. Tak logik tuduhan anda dengan menjadikan PDRM kambing hitam di atas kedangkalan ahli BERSIH sendiri..JANGAN MUDAH CUCI TANGAN.

8. aku - September 13, 2007

wahai putera kamu ni mmg klu xde bukti xkan org nk auta….
dimana keadilan negara ni kalau semua media dikiuasai BN?
takut kena belasah guna pistol tembak…
mereka xubah seperti israel malah lbh jahat
dah la dulu kes rumah dan masjid dirobohkan angkara siapa?

9. RAHMAD - September 14, 2007

SAYA BARU LEPAS MENDENGAR PENERANGAN SECARA LIVE MELALUI
VIDEO CONFERENCE DARI RUSILA TERENGGANU YANG MEMBARISKAN BEBERAPA ORANG TOKOH PAS DAN KEADILAN. NYATANYA INI ADALAH SATU PROVOKASI YANG DILAKUKAN OLEH PIHAK POLIS ATAS PERINTAH ATAU SURUHAN UMNO/BN.

ANTARA BUKTI YANG DIKEMUKAKAN IALAH :-

1- TERDAPAT SAKSI YANG SEDIA TAMPIL YANG MELIHAT JALUR GEMILANG DIBAWA BERBUNDLE DENGAN SEBUAH KENDERAN. SEPANJANG PENGAMATAN SAYA, SELAIN DARI MAJLIS MERDEKA APA PERLUNYA PERUSUH MEMBAWA JALUR GEMILANG SAMPAI BERBUNDLE.LAIN LA 31 OGOS.

2- PANDANGAN PERIBADI SAYA IALAH SECARA KEBETULAN TERDAPAT PAPARAN MEDIA MEMBUAT COVERAGE TENTANG PERISTIWA PEMBAKARAN JALUR GEMILANG DIDALAM KES RUSUHAN DI INDONESIA PERIHAL POLIS MALAYSIA MEM”BRUTALI” JURULATIH MEREKA.DAN IMPAK SPONTAN SEBAGAI RAKYAT MALAYSIA TENTULAH AMAT MARAH.. DENGAN DEMIKIAN UNTUK MEWUJUDKAN PERASAAN BENCI TERHADAP PARTI PEMBANGKANG ADALAH DENGAN MEWUJUDKAN KEBENCIAN RAKYAT
MELALUI TINDAKAN YANG SEOLAH2 DILAKUKAN OLEH AHLI PEMBANGKANG MEMBAKAR JALUR GEMILANG. DAN SAYA PERCAYA INI ADALAH ANTARA MODAL YANG BAKAL DIGUNAKAN UMNO DIDALAM PILIHANRAYA AKAN DATANG. SAYA PERCAYA TAYANGAN VIDEO INI AKAN DIULANG TAYANG UNTUK MEMPENGARUHI PSIKOLOGI RAKYAT ..HARI-HARI TAYANG RAMAI YANG PERCAYA IBARAT LAGU YANG TAK SEDAP TAPI KALAU HARI-HARI DENGAR AKAN JADI SEDAP JUGAK. PEMBAKAR JALUR GEMILANG DIDALAM VIDEO TERSEBUT PUN MACAM TAU JER ADA KEMERA KAT DEPAN, BAKAR PUN PAKAI HELMET…

3-SECARA LOGIKNYA KALAU ORANG MARAH DEKAT POLIS PASAL POLIS TEMBAK ORANG DIER, APA KAITAN DENGAN NAK KENA BAKAR BENDERA PULAK..KALAU BAKAR BALAI POLIS TU YER LAAA…

TU BARU PASAL BENDERA….

4-NI PENGAKUAN TUAN RUMAH YANG KASI MEREKA CERAMAH NI PULAK..KATANYA DAH BERPULUH KALI RUMAHNYA DIJADIKAN MARKAS CERAMAH TAPI SATU KES PERGADUHAN PUN TAK DER SELAMA NI…KENAPA MENDA NI JADI…UNTUK MENUNJUKKAN PEMBANGKANG GANAS, TAK PATRIOTIK DLL KERANA PILIHANRAYA SUDAH HAMPIR…UMNO PULAK TAK ADA MODAL, JADI KENA BUAT MODAL SENDIRI….

5-DAN SECARA AMNYA, ORANG MALAYSIA NI BUKAN BERANI SANGAT NAK WAT HURU-HARA SELAMBA JER KAT JALANRAYA BAKAR TAYAR DLL..LAIN LA KALAU MAKHLUK / GENGSTER BERLESEN MCM POLIS..

LETIH NAK CERITA, RASANYA MASING-MASING BOLEH FIKIR..ORANG UMNO TAU NI AGENDA/ PROPAGANDA/SABOTAJ TAPI BUAT2 TAK PAHAM, TAK DER BUKTI LAR DAN MACAM-MACAM…MACAM TAK BIASA DENGAN UMNO..TENGOK KES ANWAR SUDAHLAH…KEJAP SALAH, KAWAN TU DAH MERENGKOK PUNYA LAMA TAK SALAH LA PULAK…FIKIR SENDIRILA…WALAU APAPUN BANGSA ANDA, AGAMA ANDA SATU BENDA YANG KITA KENA PEGANG, JANGANLA SUKA MENGANIAYA ATAU MENFITNAH ATAU MEMPORAK PERANDAKAN ORANG LAIN KERANA IA LEBIH TERUK DARI MEMBUNUH….

10. irwan - September 29, 2007

ummo insaflah.. kiamat sudah dekat!!!!!!!!!!!!!!


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: