jump to navigation

Kronologi insiden di Batu Buruk September 10, 2007

Posted by elizabethwong in Current Affairs, Democracy, Human Rights, Malaysia, Note2Self, Politics.
trackback

12 tengahari
Petugas ceramah dirikan pentas

5 petang
Polis arahkan rombak pentas
Polis minta kad pengenalan petugas2 parti

8 malam
FRU masuk dan mula arahkan bersurai

9.30 mlm
Polis arahkan tahan orang ramai yang tidak mahu bersurai di sekitar Stesen ESSO.

9.40 malam
Dato’ Pesuruhjaya dan lain2 penceramah tiba berhampiran Warong Pak Maidin
Keselamatan buka kon yang menghadang jalan ke tapak ceramah di selekoh Warong Pak Maidin

Polis pakaian preman cuba menghalang petugas keselamatan dengan menarik baju.

Salah seorang polis preman keluarkan pistol dan menuju ke arah petugas keselamatan lalu mengugut untuk tangkap petugas keselamatan.

Polis tidak izinkan masuk ke jalan terbabit

10.00 malam
Orang ramai berkumpul di jalan utama di simpang masuk ke Masjid Batu Buruk.

10.30 malam
FRU mula menembak water canon dan gas pemedih mata di kawasan antara ESSO dan Masjid Batu Buruk kira-kira lebih kurang 0.8 km dari tempat pentas didirikan. Tembakan pertama ke arah orang ramai yang berkumpul di jalan ke Masjid Batu Buruk.

Tembakan water canon dan gas pemedih mata berterusan sehingga jam 1.30 pagi. (nota: kononya 40 kanister gas pemedih mata ditembak)

12.00 malam
Salah seorang Polis preman cuba menyelinap masuk dalam kumpulan orang ramai tetapi disedari dan dikenali oleh beberapa orang awam lalu polis tersebut dikejar, dilontar batu sehingga rebah dan keluarkan pistol lalu menembak ke dada Suwandi Abd Ghani (Binjai Rendah) menyebabkan kecedaraan parah.

Seorang lagi terkena percikan daripada beberapa tembakan dan tercedera di leher.

Kedua2nya dikejarkan ke hospital.

1.10 pagi
FRU mula berundur sambil menembak water canon dan gas pemedih mata.
Orang ramai maju ke hadapan sambil menghalau FRU dan polis.

1.30 pagi
FRU dan polis berundur sepenuhnya.
Kerosakan harta awam seperti Lampu Trafik, Pasu Bunga Besar MPKT, Signboard Besar Idris Jusoh, dan membakar kon dan alat penghadang jalan di tengah2 jalanraya dilakukan oleh mereka yang tidak dikenali.Orang ramai terus kekal di jalanraya berhampiran selekoh masijd Batu Buruk dengan mengadakan sekatan jalanraya sehingga berlarutan jam 2.30 pagi, baru bersurai.

Advertisements

Comments»

1. Mamat - September 10, 2007

Merdeka

2. I Say So - September 10, 2007

Desperate people do desperate things!Since the end is near, the powers
that be are doing the their own way.If you want to stay in power, why not just ammend the Federal Constitution so that G.E. is held every Fifty Years, than you would be able to celebrate glamourous merdekas.

3. LoveMALAYSIAforitDUMBNESS - September 21, 2007

Bravo BN and all their monkeys (PDRM)…They made our country a lot more colorful… Hey, not heart feeling ok… This all just a business… POLITIC BUSINESS…


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: