jump to navigation

Cari Sharlinie, atau cari pembangkang? February 5, 2008

Posted by elizabethwong in Current Affairs, Democracy, Huh?!, Human Rights, Malaysia, Politics.
Tags: , , ,
trackback

Nasib Sharlinie di tangan polis, tetapi kelihatan polis lebih minat menyekat ceramah KeADILan. 

Berita dari Saudara Nik Nazmi tentang peristiwa ini yang berlaku semalam:

Sudah sekian lama Keadilan Bahagian Kelana Jaya bertungkus lumus untuk Ceramah Perdana semalam di Pusat Khidmat Masyarakat kami di Desa Mentari. Permohonan permit polis sudah dibuat, puluhan kain rentang sudah dipasang, ribuan handbill, SMS dan jemputan Facebook sudah dihantar.

Apabila saya tiba di Desa Mentari bersama ibubapa saya kelihatan sudah ramai anggota polis di sana – ada sekurang-kurangnya tiga puluh orang berpakaian seragam (SB wallahualam lah). Pihak UMNO di saat akhir menganjurkan kejohanan futsal remaja betul-betul bertentangan tapak ceramah. Hari sebelumnya MB Selangor Datuk Seri Khir Toyo hadir di Desaria, tidak jauh di Desa Mentari.

Tidak lama kemudian tayangan perhimpunan Bersih 10 November dibuat. Tiba-tiba pihak polis meminta agar tayangan dihentikan ‘kerana mengganggu penduduk setempat’. Kami akur, dan menghentikan tayangan tersebut.

Kehadiran makin bertambah, dengan pelbagai kaum – kira-kira 60% Melayu, 30% India dan 10% Cina. Saudara Halimey, Ketua Angkatan Muda Selangor dan juga Kelana Jaya memulakan majlis dengan meminta hadirin memberi tepukan gemuruh kepada pasukan polis kerana kerjasama mereka. Beliau juga menggesa agar semua bertenang dan menjaga tatatertib meskipun provokasi dari kelompok UMNO di padang futsal.

Tetapi apabila nampak hadirin mencapai kira-kira 3,000 orang pihak polis berubah fikiran. Mereka bertemu pimpinan bahagian dan minta ceramah dihentikan. Speaker yang berada di padang mesti dicabut, dan speaker yang berada di Pusat Khidmat dihalakan ke dalam.

Namun orang ramai tidak takut. Kebanyakan terus berada di padang, dan memberi sambutan hangat sebaik sahaja Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba sekitar jam 9.45 malam. Selepas berunding dengan polis, mereka membenarkan beliau bercakap hanya di dalam Pusat Khidmat. Walaupun hanya sayup-sayup kedengaran di luar, orang ramai tidak berganjak walaupun seinci.

Seorang anggota Puteri UMNO cuba mendengar ceramah Datuk Seri dengan duduk di depan, dekat dengan premis kami. Beliau menerima baik risalah yang kami berikan. “Buat apalah polis ni ramai-ramai di sini. Kalau cari Sharlinie kan lagi bagus?”

Bagi penduduk Desa Mentari tentu lebih terasa ironi kehadiran polis sebegitu ramai. Sebelum insiden Sharlinie hampir mustahil bertemu polis di kawasan perumahan mereka. Bukannya mereka tak mahu menjaga anak-anak mereka, tetapi kebanyakannya memegang dua kerja untuk menempuhi kenaikan harga. Anak-anak pula lebih suka bermain di atas tanah, memandangkan rumah flat mereka agak sempit dan tidak selesa.

Pada akhir ceramah tersebut,, anggota Puteri UMNO tersebut antara puluhan orang ramai yang mendaftar menjadi ahli KeADILan. Kejohanan futsal tersebut terus berlangsung, walaupun kebanyakan remaja tersebut bersekolah pada hari ini!

Sebaik sahaja naik kereta untuk pulang, bapa saya yang sudah berusia 77 tahun mengeluh, “Apa nak jadi pada negara ini?”

Advertisements

Comments»

1. mob1900 - February 5, 2008

Now we all know why AMNO gangsters support the No IPCMC initiative ‘coz they will lose a 3rd-party henchmen to do their dirty work!

http://mob1900.blogspot.com/2008/01/who-do-you-serve-protect.html

2. oA - February 6, 2008

.

Talking about warped priorities.

The police are pretty good at it. They are supposedly taking care of and protect the public first not their political masters.

Everything is changed to only serve their greed – this is the signature of the infamy bn.

Oh yeah … the very pride of umno – where screwing the good public is becoming their hobby.

.

3. yh - February 6, 2008

easier to take good care of non-criminals and freeing an underworld kingpin than catching child kidnappers nd molestors, aint it? afterall, the parents are to be blamed for the latter and general rise in crimes is primarily due to the apathy of the public.
after 4 straight years of crime rate increases, the government now is talking about steps to be implemented to provide better security. who has the PM and police been for the past years? just woke up?


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: