jump to navigation

AidilFitri Open House September 29, 2008

Posted by elizabethwong in Event, Malaysia.
Tags: , , , ,
15 comments

 

YAB Tan Sri Khalid Ibrahim

Menteri Besar Selangor (bersama Exco)
Venue: Pejabat SUK, Bangunan SSAAS, Shah Alam
Date: 1 October 2008
TIme:  11 am – 5 pm 
(I’ll be there ‘on duty’ from 2 pm onwards) 

Anwar Ibrahim, Dr. Wan Azizah Wan Ismail and Parti KeADILan Rakyat
Venue: Kelab Sultan Sulaiman, Kg Baru
Date: 12 October 2008
Time: 2 – 5 pm 

(Will more dates to add to this list)

Mesej Hari Raya Aidilfitri September 29, 2008

Posted by elizabethwong in Current Affairs, Event, Malaysia, Race Relations.
Tags: ,
7 comments

Mesej Hari Raya Aidilfitri

Sudah sebulan teman-teman yang beragama Islam menjalani ibadah puasa. Bulan Ramadan yang mulia telah melatih kita, bukan sahaja semua umat Islam tetapi secara tidak langsung keseluruhan rakyat yang duduk bersama dengan muslimin and muslimat di bumi yang dicintai ini, untuk berkorban, mengekang keinginan dan seterusnya memperkukuh akidah. Semangat ini sama dengan semangat perjuangan yang kita usahakan selama ini untuk mewujudkan sebuah masyarakat yang aman, toleran dan harmoni.

Tahun ini, rakyat Malaysia menyambut Hari Raya Aidilfitri dalam suasana ekonomi kehidupan yang semakin menekan dengan kenaikan harga minyak dan barang-barang keperluan yang terlalu tinggi. Pengurusan ekonomi kerajaan pusat yang kurang cekap dan tahap rasuah yang tidak berubah telah menyebabkan kesusahan ekonomi yang mendadah, pengangguran yang kian meningkat di kalangan orang muda serta pelaburan asing yang tidak menggalakkan.

Saya ingin merakamkan tahniah dan rasa hormat kepada semua umat Islam yang berjaya mengharungi bulan Ramadan. Kejayaan ini telah diraikan dengan penuh rasa syukur. Di samping itu, kita perlu sentiasa mengingati nasib golongan yang kurang bernasib baik berbanding kita khasnya semasa musim perayaan. Adalah penting untuk kita menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukannya khasnya anak-anak yatim, orang kurang upaya, ibu tunggal dan keluarga yang miskin. 

Semoga kedatangan Aidilfitri ini akan mengukuhkan perhubungan persaudaraan sesama umat Islam dan bukan Islam di Malaysia. Bagi menghormati bulan yang mulia ini, saya harap semua pihak mengelakkan sebarang bentuk tindakan mahupun kenyataan yang boleh mewujudkan salah faham di kalangan masyarakat majmuk. Tangkapan ISA terhadap wartawan, blogger dan ahli politik dan kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan oleh setengah pihak dengan niat mengapi-apikan sentimen perkauman amat bercanggah dengan prinsip demokrasi dan keharmonian antara kaum dan agama. 

Saya juga merayu kepada seluruh rakyat Malaysia yang pelbagai kaum dan bangsa agar menjadikan Hari Raya Aidilfitri sebagai satu perayaan untuk lebih memahami dan mengeratkan hubungan bersama teman-teman yang beragama Islam. Di samping itu, Kerajaan Pakatan Rakyat di negeri Selangor akan terus berusaha untuk mewujudkan suasana yang aman dan akan sentiasa mengambil initiatif untuk menggalakkan kesefahaman kebudayaan dan agama.

Akhir kata, saya ingin merakamkan ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh umat Islam dan rakyat Selangor dengan ucapan:- Maaf Zahir dan Batin.

YB Elizabeth Wong
EXCO Kerajaan Negeri Selangor
ADUN Bukit Lanjan